Angkut PATI guna lori gagal

Angkut PATI guna lori gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu berjaya membongkar taktik menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan lori selepas menahan kenderaan itu di Kampung Telaga Bata, Chabang Empat di sini pada Ahad.

Lori yang membawa PATI warganegara Myanmar itu ditahan pada pukul 4.45 petang semasa pasukan itu melakukan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa melakukan rondaan PGA telah mengesan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan melalui kawasan tersebut.

Menurutnya, pemandu lori terbabit kemudian bertindak memecut laju selepas menyedari kehadiran anggota PGA yang sedang melakukan rondaan rutin.

“PGA telah berjaya menahan lori tersebut bagi tujuan pemeriksaan. Bagaimanapun pemandu lori yang cuba melarikan diri berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan di bahagian lori tersebut telah menjumpai 17 PATI warganegara Myanmar termasuk wanita. Kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, pada masa sama, PGA telah menahan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra Jalan Terbok-Kelaboran berhampiran Kampung Belukar.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas MPV yang dipandu lelaki tempatan itu telah membawa kepada penemuan PATI warganegara Myanmar.

“Kesemua enam lelaki itu ditemukan berada di tempat duduk penumpang. Hasil ujian saringan awal ke atas kedua-dua warga tempatan itu mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Selain itu, mereka mempunyai lima rekod lampau berkait kes jenayah dan narkotik. Kedua-dua suspek ditahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) manakala Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya