Anggota TUDM maut dalam latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas - Utusan Malaysia

Anggota TUDM maut dalam latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini mengesahkan berlaku satu insiden kejadian kemalangan melibatkan tiga orang anggota TUDM di Kem Syed Sirajuddin, Gemas di sini.

Markas Tentera Udara menerusi kenyataaan kepada pemberita memaklumkan, insiden melibatkan anggota TUDM yang sedang menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar Penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23 yang berlaku di Tapak Latihan Grenade Asas, di lapang sasar kem berkenaan.

“Kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 12.10 tengah hari mengakibatkan seorang penuntut meninggal dunia di tempat kejadian. Dua orang jurulatih mengalami kecederaan diberikan rawatan awal di Hospital Tentera Darat Gemas dan telah dirujuk ke Hospital Segamat.

“Pihak TUDM telah menghubungi waris anggota TUDM yang terlibat dan menyerahkan kes kejadian kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan. TUDM seterusnya akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, pihak TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan dijalankan oleh pihak PDRM selesai dan menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya