Anggota tentera 'laku keras' selepas bersara

Anggota tentera ‘laku keras’ selepas bersara

ZAIDAH Mohd (lima dari kanan) bersama sebahagian bakal pesara yang mengikut program Larihan Peralihan di Pejabat Fama RTC Kota Bharu Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Anggota tentera dilihat ‘laku keras’ apabila 6,771 orang sudah mendapat pekerjaan kedua selepas menamatkan bersara daripada perkhidmatan dalam tempoh lima tahun bermula 2018 lalu.

Pengarah Bahagian Kewangan dan Akaun Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) Zaidah Mohd berkata, kebanyakan mereka ini adalah kumpulan yang menamatkan latihan menerusi Program Latihan Peralihan sebelum bersara.

Menurutnya, daripada jumlah itu seramai 3,813 orang memilih untuk menceburi bidang usahawan kecil-kecilan, bekerja sendiri dalam ekonomi gig dengan meraih pendapatan bulanan sebanyak RM3,000.

“Daripada jumlah tersebut, 1,169 anggota mempunyai syarikat sendiri dan menjana pendapatan sehingga RM5,000 sebulan.

“Kita mendapati anggota tentera yang sudah bersara akan melakukan pekerjaan kedua sebagai sumber pendapatan mereka untuk keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Peralihan Anggota Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Misai Kucing, Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjung di sini hari ini.

Zaidah memberitahu, seramai 3,301 veteran yang dihubungi masih belum mendapat pekerjaan atas pilihan mereka masing-masing dan 392 sedang mencari pekerjaan.

Katanya, bermula 2021 Perhebat telah melaksanakan beberapa langkah transformasi terhadap program Latihan Peralihan apabila mampu melatih kurang daripada 25 peratus daripada jumlah anggota yang bakal bersara.

“Tetapi kini, kita sudah berupaya melatih lebih 90 peratus daripada jumlah anggota yang akan bersara. Pada masa sama, jumlah anggota ATM yang memohon untuk mengikuti Latihan Peralihan Perhebat telah melonjak dengan amat ketara. 

“Sehingga 31 Mei tahun ini sebanyak 91 peratus bersamaan 5,252 anggota telah memilih Perhebat, berbanding lima kategori Latihan Peralihan. Lebih membanggakan,”ujarnya-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya