TAIPING: Seorang penoreh getah tidak mengaku bersalah atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan anak perempuannya termakan ‘biskut ganja’ di rumahnya dalam kejadian minggu lalu. Mohamad Firdaus Hassim, 39, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim di Mahkamah Sesyen di sini semalam. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai bapa dan orang yang mempunyai pemeliharaan ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun tujuh bulan didapati mendedahkan dan secara cuai membiarkan mangsa memakan biskut buatan sendiri yang mengandungi dadah jenis kanabis. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya