Aksadron mampu lahirkan lebih ramai pakar dron - Utusan Malaysia

Aksadron mampu lahirkan lebih ramai pakar dron

AHMAD FAUZI ISMAIL (kiri) diberi penerangan tentang pembuatan dron pada Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Satelit Makmal Aksadron dan menandatangani MoU antara UTM dengan Futurise Sdn. Bhd., di UTM Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pusat Kecemerlangan Satelit Aksadron (Akademi Sukan Dron Negara) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diyakini mampu melahirkan lebih ramai individu mahir dron pada masa akan datang.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, Pusat Kecemerlangan Satelit Aksadron-UTM itu juga menjadi projek rintis pembangunan sukan dron di negara ini.

Beliau berkata, memorandum persefahaman (MoU) antara pihaknya dengan Futurise Sdn. Bhd., itu menandakan permulaan bagi perkongsian strategik antara Pusat Kecemerlangan Satelit Aksadron-UTM dalam bidang penyelidikan dan pengkomersialan.

“Selain itu, ia memupuk dan mencipta laluan kerjaya bagi bakat muda yang berhasrat untuk menjadi juruterbang sukan udara dron selain merintis pertukaran pengetahuan antara pakar serta capaian terhadap kemudahan penyelidikan. Saya percaya pembangunan sukan dan teknologi dron akan meningkat serta maju sehingga ke peringkat antarabangsa menerusi aktiviti-aktiviti seperti Dronecubator. 

“Pelajar dan belia khususnya akan mendapat pendedahan awal mengenai teknologi dron dan Revolusi Industri 4.0 secara amnya bagi membina kecekapan dan kemahiran literasi dron,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Satelit Makmal Aksadron-UTM dan pertukaran dokumen MoU Futurise-UTM.

MoU itu dimeterai oleh Ahmad Fauzi dan Ketua Pegawai Eksekutif Futurise, Rosihan Zain Baharudin.

Ahmad Fauzi berkata, sinergi itu adalah selaras dengan inisiatif pendidikan translasional yang telah menjadi agenda penting Pelan EnVision 2025 bagi melahirkan graduan berkualiti berorientasikan masa depan.

Sementara itu, Rosihan berkata, seramai 200 mahasiswa dari seluruh negara akan diambil mengikut program tersebut pada tahun ini.

“Menerusi program ini, mereka bukan sahaja berupaya untuk menerbangkan dron, malah juga mempelajari asas penyeliaan dron,” katanya

Pusat Kecemerlangan Satelit Aksadron-UTM akan dikendalikan oleh Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan UTM dengan kerjasama Futurise. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya