Aidiladha: Tiket bas tidak habis dijual

Aidiladha: Tiket bas tidak habis dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Serik dengan kesesakan trafik menuju ke utara menjelang Aidiladha, orang ramai dikatakan kurang berminat menaiki bas ekspres untuk pulang ke kampung.

Persatuan Bas Ekpress Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) berkata, masih terdapat banyak lagi tiket bas menuju ke arah Utara yang belum dijual berbanding dengan kawasan di Pantai Timur.

Timbalan Yang Dipertua Pembawa, Datuk Abu Hasan berkata, jika dibandingkan dengan balik bersempena Aidiladha pada tahun-tahun sebelumnya, sambutan memang menggalakkan daripada pengguna untuk menjadikan bas sebagai pengangkutan pilihan mereka balik beraya.

Justeru, beliau berkata, jika masih tiada perubahan dalam sambutan pembelian tiket menuju ke arah Utara Semenanjung, mereka akan membuat jadual semula bagi waktu bas untuk penumpang yang sudah membuat tempahan.

“Kita tidak mempunyai pilihan lain sebab itu merupakan keputusan pengguna sendiri, jadi dengan penjadualan semula waktu bas, kita dapat membuat penjimatan bagi kos perjalanan bas yang disediakan” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, seperti pada kebiasaan permintaan penumpang ke bahagian Pantai Timur adalah tinggi.

Katanya, berkemungkinan permintaan tiket bas juga akan meningkat bagi pada hari Jumaat minggu hadapan kerana terdapat pengguna yang tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati cuti pada hujung minggu.

Jelasnya, ini kerana mungkin terdapat penumpang yang tidak berkesempatan balik pada raya pertama Hari Raya Haji, dan mengambil hari Jumaat untuk balik beraya.

Sehubungan itu, melihat daripada sambutan pembelian tiket pada Hari Raya Aidilfitri sebelum ini, beliau yakin bahawa tiket bus adalah mencukupi buat para penumpang.

Namun begitu, beliau menyarankan agar penumpang tidak membeli tiket pada saat terakhir dan bijak untuk memilih masa bagi perjalanan pulang ke destinasi
masing-masing.

Tambahnya, bagi pengusaha bas yang ingjn membuat pernambahan bas pula mereka hendak sentiasa merujuk kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya