Ahmad Said arah rayuan dikemuka selepas mahkamah tolak petisyen Parlimen Marang - Utusan Malaysia

Ahmad Said arah rayuan dikemuka selepas mahkamah tolak petisyen Parlimen Marang

AHMAD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan rayuan dikemukakan selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Marang, semalam.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh terdekat berhubung keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, Datuk Hassan Abdul Ghani.

“Semua hujah pasukan peguam kami bagi kes Parlimen Marang ditolak sedangkan saya berpendapat kes (bukti) bagi kerusi itu lebih kukuh berbanding Parlimen Kuala Terengganu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu peguam Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Hafarizam Harun berkata, pihaknya berjaya membuktikan elemen rasuah berhubung pemberian dana i-Siswa dan i-Belia daripada Pas.

Menurut beliau, meskipun ianya program rasmi kerajaan negeri yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pemberian itu adalah rasuah jika dibuat dalam tempoh berkempen.

“Ini selari dengan peruntukan undang-undang pilihan raya dan hakim juga mendapati  memberi (dana) kepada pengundi dengan niat meraih undi,” jelas beliau.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pas hilang satu kerusi Parlimen selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu semalam membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi Parlimen Kuala Terengganu dalam PRU15 lalu.

Namun dalam satu lagi petisyen, parti itu mengekalkan kemenangannya bagi kerusi Parlimen Marang yang dimenangi oleh presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN