Agong solat Jumaat di Masjid Sri Sendayan

Agong solat Jumaat di Masjid Sri Sendayan

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersalaman dengan jemaah selepas baginda berkenaan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sri Sendayan di sini hari ini.

Baginda yang diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berangkat tiba kira-kira pukul 1 tengah hari dan disambut oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd. Rashid Hussain yang juga individu yang mewakafkan masjid tersebut.

Turut hadir, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof dan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab. Kadir.

Khutbah Jumaat bertajuk ‘Nikmat Kesihatan’ disampaikan oleh Imam Besar Masjid Sri Sendayan, Mohd. Nazri Abu Zarim yang kemudiannya turut mengimamkam solat Jumaat.

Selesai solat Jumaat, Al-Sultan Abdullah berkenan bersalaman dengan jemaah dan turut memberikan ampun kurnia kepada anak yatim dan kanak-kanak.

Masjid Sri Sendayan yang menjadi tarikan orang ramai kerana keindahan seni binanya mula dibina pada tahun 2005 dan dirasmikan pada tahun 2019.

Mampu memuatkan seramai 5,000 orang jemaah pada satu-satu masa, ia merupakan masjid kedua yang diwakafkan oleh Abd. Rashid di negeri ini selepas Masjid Hussain yang terletak di Seremban 2.

Masjid Sri Sendayan yang terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dibina dengan kos lebih RM100 juta dan seni binanya adalah hasil seni arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara termasuk Turki, Mesir, Maghribi dan China.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya