Agong, Permaisuri zahir harapan Hari Gawai semarak keharmonian

Agong, Permaisuri zahir harapan Hari Gawai semarak keharmonian kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan harapan agar perayaan Hari Gawai akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum di Malaysia dan memperkukuhkan perpaduan sesama rakyat. 

Menurut Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan titah ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang menyambutnya. 

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga ia akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagian kepada semua,” menurut hantaran di Facebook rasmi Istana Negara hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya