400 penuntut UMP terima manfaat sumbangan Yayasan Taqwa - Utusan Malaysia

400 penuntut UMP terima manfaat sumbangan Yayasan Taqwa

SERAMAI 20 penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima sumbangan berbentuk komputer riba dan data internet sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 400 penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima sumbangan pendidikan disalurkan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan membabitkan jumlah keseluruhan RM200,000 merangkumi bantuan elaun sara hidup, bantuan zakat pelajar, kupon makanan serta Insentif Bantuan Latihan Profesional melalui kepakaran universiti.

Melalui Program Siswa dan Bantuan Komputer Riba pula, seramai 20 penuntut universiti itu terpilih menerima sumbangan berbentuk komputer riba dan data internet dengan nilai keseluruhan sumbangan berjumlah RM66,596.

Majlis menyaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman yang juga Pengerusi Yayasan UMP menerima replika sumbangan daripada Pengerusi Yayasan Taqwa, Prof. Mohd. Roslan Mohd. Nor.

Hadir sama, Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, Zabidi Nasan.

Menurut Abdul Aziz, pihaknya menghargai sumbangan Yayasan Taqwa dalam memastikan para penuntut dari keluarga asnaf dan yang berkeperluan ini menerima bantuan dalam meningkatkan pembelajaran serta pendidikan.

“Yayasan UMP ditubuhkan bertujuan mengumpul dan mengurus dana daripada orang ramai, syarikat dan institusi bagi kegunaan kebajikan mahasiswa UMP serta membiayai program pendidikan, kemasyarakatan dan menyediakan kemudahan pembelajaran tambahan yang digunakan oleh pelajar dan universiti.

“Yayasan UMP sudah mengagihkan bantuan berjumlah RM3.3 juta kepada 2,500 pelajar pada 2022. Pada tahun ini, Yayasan UMP sudah mengagihkan bantuan RM1.1 juta kepada 1,300 penuntut melalui penajaan biasiswa, bantuan zakat, bantuan insentif pendidikan, program pembangunan mahasiswa serta program kesukarelawanan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Abdul Aziz turut mengharapkan agar semua penuntut dapat bersungguh-sungguh dalam pengajian dan mudah-mudahan mereka memperoleh kecemerlangan.

Penuntut Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) UMP, Muhammad Shahril Mohamad, 22, bersyukur apabila terpilih menerima komputer riba sekali gus mendorongnya untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

Pada majlis ini juga, Yayasan Taqwa turut menyampaikan sumbangan set persekolahan lengkap kepada 278 orang pelajar sekolah rendah di sekitar kawasan Pekan melalui Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2023 hasil kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPI) Pekan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya