36 sertai pertandingan timbang ribu bola takraw - Utusan Malaysia

36 sertai pertandingan timbang ribu bola takraw

SAIFUDDIN Nasution Ismail (duduk tengah) bergambar dengan beberapa peserta Pertandingan Timbang Ribu Bola Takraw 2023 di Dewan Prospek Sidam Kanan (KEDA) Guar Lobak, Kulim, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTANDINGAN Timbang Ribu Bola Takraw 2023 bagi merebut Piala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berlangsung di Dewan Prospek Sidam Kanan (KEDA) Guar Lobak, Kulim, Kedah baru-baru ini.

Sebanyak 36 peserta menyertai pertandingan itu anjuran Kelab SRT Sidam Kanan.

Urusetia kejohanan, Datuk Md Jekri Mohd Hassan berkata, pemenang utama RM500 disandang oleh Mohamad Hairi Saad setelah membuat timbangan bola 2,000 kali dalam masa 1 jam 50 minit.

Tempat kedua RM300 dimenangi Mohd Fahmi Che Hussin dan ketiga RM200 dimenangi oleh Mohd Faizal Kamaruddin.

Menurutnya, dengan adanya aktiviti seumpama itu, pelbagai aksi timbang ribu bola sepak takraw yang menarik hati dapat disaksikan oleh orang ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya