282 kg berjaya dikumpul DTRC pertama di Segamat - Utusan Malaysia

282 kg berjaya dikumpul DTRC pertama di Segamat

CAIRUL HISHAM JALALUDDIN (tengah) merasmikan DTRC di Jalan Li Chi, Kampung Abdullah, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menerusi Majlis Perbandaran Segamat (MPS) berjaya mewujudkan sebuah Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) pertama di daerah ini.

Pengarah SWCorp Johor, Cairul Hisham Jalaluddin berkata, DTRC itu ditempatkan di lokasi strategik, iaitu Jalan Li Chi, Kampung Abdullah di bandar ini.

“Inisiatif penyediaan DTRC adalah seiring dengan hala tuju Dasar Kebersihan Negara, iaitu menyediakan tempat pengumpulan barangan kitar semula di kawasan perumahan, perindustrian, komersial dan institusi.

“Kewujudan DTRC turut menyasarkan pertambahan dua peratus bilangan kemudahan pengurusan sisa kitar semula setiap tahun bagi meningkatkan kecekapan dan pengurusan sisa pepejal. Pembinaannya juga seiring dengan konsep ‘Waste to Gold’ yang membolehkan komuniti menjana pendapatan sampingan daripada aktiviti kitar semula.

“Selain itu, ia menyokong transformasi ekonomi linear kepada ekonomi kitaran dalam pengurusan sisa pepejal yang dapat mengurangkan kebergantungan terhadap sumber baharu dalam menghasilkan produk,” katanya ditemui selepas melawat DTRC di Jalan Li Chi, Kampung Abdullah, di sini yang berjaya mengumpulkan 282 kilogram barangan kitar semula sejak dibuka pada 13 Mei lalu.

Yang turut hadir, Yang Dipertua MPS, Ungku Mohd. Tahir Ungku Mohd. Zakaria dan Ketua Whips MPS,  Rahana Mohamad.

DTRC merupakan inisiatif berkonsepkan mesra pengguna yang memudahkan masyarakat menghantar sisa kitar semula yang telah diasingkan dan  menggalakkan budaya amalan kitar semula bagi menyumbang kepada peningkatan kadar kitar semula kebangsaan sebanyak 40 peratus menjelang 2025.

Cairul Hisham berkata, SWCorp akan terus menambahkan bilangan DTRC dari semasa ke semasa di negeri ini dengan Segamat adalah daerah kedua selepas Mersing.

“Kewujudan DTRC juga akan mendorong peningkatan permintaan dan nilai pasaran barangan kitar semula. Ini secara tidak langsung menyumbang terhadap pertumbuhan industri kitar semula di Johor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya