140 sijil kesihatan eksport durian dikeluarkan JKNP tahun ini - Utusan Malaysia

140 sijil kesihatan eksport durian dikeluarkan JKNP tahun ini

NOR AZIMI Yunus (tiga dari kanan) menunjukkan buah durian yang sedia dieksport ketika melakukan pemantauan di sebuah premis pemprosesan durian di Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Sebanyak 140 sijil kesihatan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) bagi pengeksportan durian sejuk beku ke luar negara dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Pengarah JKNP, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya melakukan pemantauan ketat dan berterusan terhadap durian yang dieksport apabila menetapkan keperluan sijil kesihatan setiap kali eksport dilakukan.

“Bagi tahun 2022, sebanyak 131 sijil kesihatan dikeluarkan oleh pejabat kesihatan daerah bagi pengeksportan durian sejuk beku ke China, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Taiwan, Kanada, Indonesia, Australia, Hong Kong, Peru dan New Zealand.

“Pihak Jabatan Kesihatan negeri sentiasa menjalankan pemantauan ke atas premis pemprosesan makanan supaya mematuhi keperluan negara pengimport dan perundangan dalam negara,” katanya selepas melakukan tinjauan di sebuah premis pemprosesan durian sejuk beku di sini.

Menurut Nor Azimi, terdapat 22 premis pemprosesan durian sejuk beku di Pahang melibatkan daerah Raub sebanyak 18 premis, Jerantut dua premis dan masing-masing satu premis di Bentong.

Katanya, kesemua premis pemprosesan ini mempunyai pensijilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Standard Malaysia untuk Titik Kawalan Kritikal Analisis Berbahaya (HACCP), Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

“Antara produk yang dihasilkan adalah produk durian sejuk beku yang terdiri daripada durian ‘pulp’, durian paste dan durian ‘whole fruit’.

“Penghasilan produk durian sejuk beku ini memerlukan proses penyejukan sehingga suhu -30 darjah celcius bagi produk durian ‘pulp’ dan durian ‘paste’ manakala suhu antara -80 darjah celsius hingga -110 darjah celsius bagi produk durian ‘whole fruit; bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk yang dihasilkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya