Zamsaham janji bayar baki gaji pemain TRW yang ditahan

Zamsaham janji bayar baki gaji pemain TRW yang ditahan

NORIZAM Tukiman bersediakan melepaskan Kelantan FC asalkan pembeli baharu itu menunjukkan proof of fund bagi menjamin masa depan kelab itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman atau Zamsaham berjanji akan membayar baki gaji pemain pasukan itu sebelum ini ditahan sebanyak 50 peratus.

Zamsaham berkata, semua gaji pemain sudah dibayar dan tiada sebarang tunggakan kecuali baki sebanyak 50 peratus yang ditahan.

“Sebelum ini semua pemain dapat gaji penuh. Benar lambat dan ada bulan bayaran secara berperingkat dalam bulan sama. Tapi tiap-tiap bulan semua pemain tetap dapat jumlah gaji penuh.

Tak benar dua bulan gaji tertunggak. Tapi ini bila kekalahan berterusan 10 kali, saya kata nak gaji penuh April…bagilah saya kemenangan. Main betul-betul sungguh. Saya bukan tolak, saya tahan,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Zamsaham memberitahu, untuk perlawanan minggu ini dia berharap berisan pemain dapat memberikan aksi terbaik dan meraih kemenangan.

Katanya, jika kemenangan tidak mampu diperoleh berusahalah sehabis baik.

“Kalau kalah, biarlah kalah bermaruah. Saya nak cari duit susah, biarlah rasa berbaloi dengan kemenangan. Kalau tak menang seri pun jadilah.

“Takdir ya takdir, tapi kenalah usaha lebih. Mainlah sehabis baik, saya nak menang sebenarnya. Itu ja,” ujarnya.

Ketika ini, pasukan Kelantan FC dilanda pelbagai masalah luar padang sehingga menjejaskan prestasi pasukan yang ketika ini menghuni kedudukan kedua tercorot Liga Super dengan empat masa selepas mengharungi 12 perlawanan.

Sebelum ini, bekas jurulatih, Choi Moon Sik dan ejennya, Myeongho Jeong mendedahkan situasi ‘di belakang tabir’ pasukan Pantai Timur itu dan baru-baru ini para pemain turut mendedahkan kepincangan membabitkan pasukan itu.

Penjaga gol Kelantan FC, Farhan Abu Bakar telah berkongsi kisah sedih apabila gajinya yang tertunggak tidak dibayar penuh, sebaliknya dia diminta oleh pihak pengurusan untuk memohon duit pendahuluan atau ‘advance’.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya