Weng Hong dicari jadi saksi kes dadah - Utusan Malaysia

Weng Hong dicari jadi saksi kes dadah

Siew Weng Hong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang lelaki dikehendaki polis sebagai saksi penting dalam kes berkaitan dadah di Mahkamah Tinggi Muar, di sini. 

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, lelaki berkenaan, Siew Weng Hong, 42, dikehendaki hadir sebagai saksi penting bagi perbicaraan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Alamat terakhir saksi di No.27, Jalan Indah 22/22, Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat tentang penama diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Aslina menerusi talian 019-2882754 atau 06-9564800.

“Sebarang informasi atau keberadaan berkaitan lelaki terbabit juga boleh disalurkan ke balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya