Warga kerja IIB ikrar bebas rasuah - Utusan Malaysia

Warga kerja IIB ikrar bebas rasuah

IDZHAM MOHD. HASHIM (tengah) dan Sheikh Hamadi bergambar bersama-sama warga kerja IIB selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah di Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Iskandar Investment Berhad (IIB) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dalam mematuhi amalan anti-rasuah dalam kalangan warga kerjanya bagi menggalakkan tadbir urus lebih baik dan berintegriti.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Idzham Mohd. Hashim berkata, ikrar itu merupakan inisiatif IIB untuk menegakkan integriti, meningkatkan tadbir urus dan ketelusan dalam operasi perniagaan syarikat.

“Kami ingin memupuk kesedaran dalam kalangan warga kerja IIB tentang pentingnya amalan nilai murni dan menerap integriti sebagai tanggungjawab setiap warga kerja IIB,” katanya selepas mengetuai majlis melafazkan ikrar tersebut, di sini.

Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Senior Asisten Komisioner, Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid.

Idzham berkata, kakitangan IIB komited memastikan piawaian integriti, ketelusan dan akauntabiliti tertinggi dalam memacu syarikat ke arah pertumbuhan mampan serta amalan perniagaan beretika. 

“Dengan menerima ikrar bebas rasuah ini, IIB mengukuhkan tekadnya untuk membentuk budaya integriti di setiap peringkat seluruh organisasi dan ekosistem pemegang kepentingan.

“IIB turut maklum inisiatif ini memberi penekanan terhadap ikrar dan sumpah yang diambil secara sukarela oleh kepimpinan syarikat dan warga kerjanya atas kapasiti individu. Ini bermakna setiap individu bertanggungjawab menjalankan tugas dan mencegah sebarang penglibatan amalan rasuah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya