Wanita jual gula harga mahal ditahan

Wanita jual gula harga mahal ditahan

AZMAN Ismail(dua dari kiri) melayan tetamu yang menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KPDN Negeri Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan seorang wanita menjual gula melebih harga kawalan mengundang padah selepas ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan di Tanah Merah dekat sini semalam.

Penahanan wanita berusia 40-an itu dilakukan selepas KPDN Kelantan menerima maklumat berkait dengan penjualan bahan mentah itu melebih harga kawalan.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, hasil siasatan mendapati wanita berkenaan menjual gula putih bertapis harga RM3.90 sekilogram sekali gus melebihi harga kawalan oleh kerajaan RM2.85 sekilogram.

“Siasatan awal mendapati telah berlaku transaksi jualan semasa serbuan dibuat dan tindakan telah diambil dan Sebanyak 51 kilogram gula pasir bertapis paket 1 kilogram telah disita dengan nilai RM145.35.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pemilik premis berkenaan didapati tidak mempunyai lesen untuk memiliki gula dalam amaun yang banyak,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KPDN Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Azman memberitahu, siatasan mendapati bahan mentah itu diperoleh dari luar Kelantan yang dibeli persendirian untuk dijual kepada rakan-rakan terdekat.

Katanya, bagaimanapun wanita berkenaan melakukan kesalahan dengan menjual gula melebihi daripada harga ditetapkan oleh kerajaan.

“Paket-paket gula yang dirampas juga didapati telah ditulis nama-nama penerima dan dari situ kita dapati ia dikhaskan untuk orang-orang yang dikenali sahaja.

“Wanita berkenaan didapati menjalankan kegiatan berkenaan sejak krisis kekurangan gula bermula di Kelantan pada awal Syawal lalu,” ujarnya.

Azman berkata, kes di siasat mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana menjual gula pasir kasar melebihi harga kawalan.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya