Wanita dakwa diraba di taman tema air - Utusan Malaysia

Wanita dakwa diraba di taman tema air

Diraba
AHMAD RIDHWAN MOHD. NOR @ SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Polis membuka kertas siasatan terhadap terhadap dakwaan seorang wanita yang diraba pada bahagian dadanya ketika sedang beriadah dekat sebuah taman tema air di daerah ini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor@ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita itu pada awal pagi hari tersebut.

“Seorang perempuan warga tempatan berumur 28 tahun yang bekerja sebagai pengurus pemasaran mengatakan dia diraba di bahagian payudara semasa berada di dalam kolam.

“Menurut pengadu, semasa menuruni gelongsor dan tiba di kolam, seseorang menarik serta menyentuh bahagian depan dan payudaranya ketika dia berada di dalam air,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan sekiranya didapati bersalah, penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan terhadap pesalah.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi bilik gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222.

Terdahulu, wanita terbabit dilaporkan membuat aduan terhadap insiden yang dianggapnya sebagai gangguan seksual ke atasnya pada 13 Mei lalu termasuk kepada pengurusan taman tema air berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya