Transporter tumpas, 6,750 karton rokok dirampas - Utusan Malaysia

Transporter tumpas, 6,750 karton rokok dirampas

Transporter rokok
AHMAD Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh (kanan) bersama anggotanya menunjukkan rokok yang dirampas dalam satu serbuan polis dari IPD Kuala Langat terhadap sebuah lori dekat tepi jalan di Jalan Klang-Banting, Kuala Langat, Selangor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kegiatan seorang pemandu lori menjadi transporter sejak dua bulan lalu terbongkar apabila dicekup bersama 6,750 karton rokok tidak bercukai jenama SAAT bernilai RM337,500 di tepi jalan Klang-Banting dalam Ops Taring Landai, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, penahanan suspek bersama rokok tersebut berjaya dilaksanakan selepas sepasukan polis dan anggota Unit Risikan Marin Pelabuhan Klang berjaya menghidu pergerakan mereka.

“Suspek lelaki berusia 33 tahun itu ditahan 8.30 malam dikatakan menerima upah RM500 dengan mengambil bekalan seludup dari Kota Bharu, Kelantan untuk pasaran Johor Bahru, Johor menggunakan sebuah lori dengan jarak dua lokasi ini lebih 600 kilometer (km).

“Suspek mengakui menjadi trasporter sejak bulan Mac tahun ini dan urusan membawa rokok haram kelmarin diuruskan oleh seorang lelaki warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan lanjut polis, kata Ahmad Ridhwan mendapati suspek seorang pengangur dan mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu berkaitan kes jenayah dan narkotik.

Menurutnya, suspek telah direman selama 14 hari dan kini ditahan di lokap balai polis Banting bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda nilai rampasan atau penjara tidak kurang enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai apa-apa aktiviti penyeludupan lain dan aktiviti jenayah lain boleh menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Langat di talian 0331872222,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya