KOTA TINGGI: Sebuah kapal tangki yang berdaftar dari Gabon, Afrika dilaporkan terbakar di kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim
Malaysia) menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima makluman kejadian itu pada 4 petang tadi.
“Kapal tangki yang berdaftar dari Gabon, Afrika dilaporkan dalam perjalanan dari China menuju ke Singapura bersama 28 kru kapal.
“Susulan itu, operasi carilamat diaktifkan pada pukul 4 petang dan sebuah bot ronda Maritim Malaysia Petir 12 telah diatur gerak ke lokasi kejadian dan berjaya menyelamatkan dua kru kapal tangki tersebut.
“Seramai 23 kru turut berjaya diselamatkan oleh dua buah kapal berhampiran lokasi kejadian, manakala baki tiga lagi kru kapal dilaporkan masih hilang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Punca kejadian masih dalam siasatan. – UTUSAN