SWCorp Negeri Sembilan tutup 20 lokasi pembuangan sampah haram tahun ini - Utusan Malaysia

SWCorp Negeri Sembilan tutup 20 lokasi pembuangan sampah haram tahun ini

SITI Yusnita Mohamad (dua dari kanan) menunjukkan longgokan sisa pepejal yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab di Taman Seremban Jaya, hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan telah menutup sebanyak 20 lokasi panas atau hotspot tempat pembuangan sampah haram di negeri ini. 

Pengarahnya, Siti Yusnita Mohamad berkata, pada tahun lalu sahaja, terdapat 74 buah lokasi  lain yang mengalami masalah turut telah ditutup.

“Setakat hari ini, sebanyak 20 lokasi pembuangan sampah haram telah dibersihkan atau diambil tindakan oleh pihak SWCorp yang melibatkan 79 tan sisa pepejal.

“Antara lokasi yang telah diambil tindakan tersebut termasuklah di Taman Seremban jaya, Taman Angsamas, Taman Bukit Kelisa, Kampung Bukit Chedang, Forest Heights, Persiaran Bandar Baru Nilai, simpang masuk KTM Senawang dan Bandar Baru Sunggala,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas operasi pembersihan sampah haram di Taman Seremban Jaya, Fasa 8 di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, dalam operasi bersepadu berkenaan sebanyak 300 tan termasuk meliputi sisa industri dan komersial dibersihkan melibatkan bangunan pejabat terbiar dan terbengkalai.

“Sebenarnya, SWCorp telah mengadakan sebanyak 11 operasi sejak tahun 2022 dan sebanyak tiga kali operasi pembersihan telah dijalankan di kawasan ini.

“Lokasi pembuangan sampah haram di sini merupakan premis kedai yang terbiar dan terbengkalai kerana premis tersebut tidak berjaya dijual oleh pihak pemaju. 

“Kami pernah menggunakan penghadang jalan untuk menutup laluan masuk ke kawasan ini namun terdapat aduan daripada orang awam dan ia terpaksa dibuka semula. Ini mengakibatkan pihak tidak bertanggungjawab kembali membuang sisa pepejal di kawasan tersebut dan keadaan semakin bertambah teruk,” katanya.

Dalam pada itu, Sitt Yusnita memaklumkan tidak menolak kemungkinan untuk memasang memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenan bagi mengesan pelaku dan mengelakkan kejadian sama berulang. 

“Kami masih dalam peringkat untuk berbincang sama ada mahu memasang CCTV di sini atau sebaliknya. Ia merupakan tindakan penguatkuasaan berterusan -daripada pihak kami,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya