Setahun tanpa air, pengguna tandas awam resah

Setahun tanpa air, pengguna tandas awam resah

ROSLINA Dollah menunjukkan pili air yang tidak berfungsi di tandas Pasar Besar Gua Musang di Bandar Baru, Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lebih 100 peniaga di Pasar Besar Gua Musang di Bandar Baru di sini mendakwa berdepan masalah susulan ketiadaan bekalan air di tandas awam yang terletak di dalam pasar berkenaan sejak setahun lalu.

Peniaga mendakwa, masalah itu sudah lama berlarutan dan tiada penyelesaian dilakukan pihak berwajib.

Seorang peniaga, Roslina Dollah, 42, berkata, masalah itu menyebabkan peniaga sukar untuk pergi ke tandas dan terpaksa mengangkut air dari luar sebelum menggunakan tandas.

Katanya, masalah itu turut menyukarkan urusan pelanggan yang ingin menggunakan tandas berkenaan.

“Pada musim cuti perayaan Aidilfitri yang lalu, pasar ini menerima kunjungan ramai perantau. Kebanyakan daripada mereka kecewa apabila tiada air semasa ingin menggunakan tandas.

“Oleh itu, salah seorang peniaga di sini mengambil inisiatif menadah air dari luar untuk kegunaan peniaga menggunakan tandas dan kami terpaksa berkongsi wang untuk membayar bil air setiap bulan,” katanya ketika ditemui di Pasar Besar Gua Musang di sini semalam.

Roslina yang juga peniaga barangan basah di pasar berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu berharap masalah terbabit dapat diselesaikan secepat mungkin.

Seorang peniaga kuih, Zalina Abdul Rahman, 41, memberitahu, dia terpaksa menggunakan tandas di stesen minyak yang jaraknya lebih 200 meter dari pasar itu.

Katanya, selain pengunjung, keadaan itu menyusahkan peniaga di pasar itu untuk menggunakan tandas awam.

“Kami di sini sudah membuat aduan kepada pihak yang berkenaan, namun, masalah itu tidak dapat diselesaikan sehingga kini.

“Kami berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah yang kami hadapi ketika ini,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya