Seludup 4.94 juta batang rokok guna lori kurier

Seludup 4.94 juta batang rokok guna lori kurier

WAN Jamal Abdul Salam Wan Long (kanan) menunjukkan rokok seludup yang dirampas di dalam lori syarikat Kurier di pejabatnya di Padang Bongor, Kota Bharu,Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemandu lori sebuah syarikat kurier dicekup selepas dipercayai membawa sebanyak 4.94 juta batang rokok seludup bernilai RM3.69 juta termasuk cukai di Gua Musang dekat sini pada Khamis lalu.

Suspek yang berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi apabila anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menahan lori terbabit kira-kira pukul 10 pagi.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, lori kurier yang dipandu suspek disyaki sedang dalam perjalanan keluar dari Kelantan sebelum ditahan anggota penguat kuasa.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam lori terbabit menjumpai sebanyak 494 kotak yang mengandungi 4,940,000 batang rokok seludup.

“Serbuan itu dijalankan selepas anggota penguat kuasa menjalankan intipan selama seminggu untuk mengesan lori terbabit yang dipercayai membawa barangan seludup dari negara jiran.

“Siasatan mendapati pemandu lori kurier itu mengambil upah daripada kumpulan sindiket penyeludupan rokok. Sindiket itu dipercayai menyeludup masuk rokok-rokok berkenaan menggunakan bot melalui perairan negara sebelum dibawa menaiki kenderaan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma JKDM di sini hari ini.

Wan Jamal memberitahu, rokok yang dirampas itu dipercayai akan dijual di pasaran luar Kelantan kerana permintaan terhadap barangan tersebut semakin meningkat.

Dalam perkembangan sama, menurutnya, JKDM Kelantan turut merampas sebanyak 125 kotak yang mengandungi 1.25 juta batang rokok selepas menahan sebuah lori di Tumpat kelmarin.

“Pada hari yang sama, kita turut menahan sebuah lori di Tumpat yang membawa 80 kotak berisi 800,000 batang rokok seludup.

“Ketiga-tiga rampasan rokok seludup di Gua Musang dan Tumpat itu bernilai RM805,200 dengan jumlah cukai sebanyak lebih RM4.6 juta. Ketiga-tiga kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya