Sekretariat UMNO adakan libat urus bersama agensi industri halal - Utusan Malaysia

Sekretariat UMNO adakan libat urus bersama agensi industri halal

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekretariat Hal Ehwal Industri Halal dan Keusahawanan UMNO akan mengadakan sesi libat urus bersama dengan agensi-agensi yang terbabit secara langsung dalam industri halal dan keusahawanan dalam masa yang terdekat bagi memenuhi kehendak industri dan keperluan rakyat.

Pengerusinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkara itu antara ketetapan dipersetujui dalam mesyuarat kali pertama jawatankuasanya semalam. 

Selain itu, menurut beliau, pihaknya akan merangka dan melaksanakan program yang berimpak tinggi kepada pemegang taruh.

“Kita juga menggalakkan penglibatan profesional dan usahawan berjaya daripada pelbagai latar belakang dan lapisan umur untuk turut bersama menyumbang idea dan pandangan di dalam sekretariat bagi memastikan agenda sekretariat berjaya dilaksanakan. 

“Sekretariat ini akan berusaha untuk membantu usahawan dan perniagaan yang memerlukan sokongan untuk memastikan agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera terus diketengahkan demi melahirkan generasi usahawan bumiputera yang lebih berdaya saing dalam Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Jelas Tengku Zafrul, sekretariat itu juga komited memacu dan memecut perkembangan syarikat besar ke peringkat global serta melahirkan usahawan teknologi bumiputera pada masa hadapan. 

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas kepercayaan melantik saya sebagai Pengerusi Sekretariat dan Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad sebagai Timbalan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya