Segerakan pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru - Yahya - Utusan Malaysia

Segerakan pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru – Yahya

Yahya Jaafar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemilihan semula bagi UMNO Bahagian Johor Bahru yang ditangguh dan digantung sejak 18 Mac lalu perlu dilakukan segera.

Seorang calon jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar berkata, hanya UMNO bahagian tersebut yang masih belum selesai, manakala bahagian lain yang terlibat dalam pemilihan semula telah dilaksanakan pada Ramadan lalu.

“Saya telah hubungi Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman, beliau masih menunggu tarikh yang muktamad dan belum ada makluman mengenainya.

“Saya berharap pemilihan semula diadakan secepat mungkin kerana Ramadan sudah berakhir. Jika bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sekalipun, ada 60 hari untuk pemilihan dilakukan, ini sudah lebih tempoh itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Johor Bahru  (MBJB) di Menara MBJB, di sini hari ini.

Pada 1 April lalu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan bahawa UMNO negeri ini akan mengambil alih pemilihan berkenaan dengan Setiausaha UMNO Johor diberi tanggungjawab mengendalikan pemilihan tersebut.

Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO berkata, UMNO Johor sememangnya mahu pemilihan semula UMNO Bahagian Johor Bahru dilakukan segera.

Pada pemilihan lalu, Yahya ditentang bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Mohd. Hairi Mad Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin dan Naib Ketua Pemuda UMNO.

Mengulas lanjut, Yahya yang juga Ahli Majlis Zon Bandar Baru Uda akur bahawa pemilihan semula itu dilakukan walaupun mendakwa menang ketika pemilihan dilakukan pada 18 Mac lalu.

“Saya akur dengan keputusan jawatankuasa pemilihan pusat, sebagai ahli parti kita kena terbuka. Jika Allah SWT sudah tentukan kemenangan, kita akan menang, insya-Allah perlu kerja lebih lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya