Sasar 500 pelajar ikuti program pendidikan, TVET di politeknik pada Julai ini

Sasar 500 pelajar ikuti program pendidikan, TVET di politeknik pada Julai ini

DR. Mohd. Zahari Ismail (dua dari kiri) ketika menyampaikan skrol diploma kepada graduan pada Majlis Konvokesyen Politeknik Jeli Kelantan kali kesembilan di Jeli, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti menyasarkan seramai 500 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti Program Asasi Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang bermula pada Julai ini.

Ketua Pengarahnya Dr. Mohd. Zahari Ismail berkata, program yang dikendalikan bersama Malaysia Technical University Network (MTUN) merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada pelajar lepasan SPM.

Menurutnya, program tersebut dirangka untuk tempoh setahun dan pelajar-pelajar kemudiannya akan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di MTUN.

“Empat MTUN yang terlibat adalah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Jeli Kelantan Kali kesembilan, di sini hari ini.

Mohd. Zahari memberitahu, selain itu program berkenaan turut ditawarkan di Politeknik Premier Ungku Omar, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Politeknik Merlimau, Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) dan Politeknik Tun Syed Nasir.

Katanya, permohonan sudah boleh dibuat melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPU) bermula hari ini.

“UPU juga akan bekerjasama dengan pihak jabatan untuk memberi penerangan mengenai inisiatif terbaharu ini melalui program Jom Masuk U yang akan dilancarkan di Johor Bahru pada 20 Mei nanti,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya