Rumah Terbuka Malaysia Madani eratkan hubungan Kelantan dengan Persekutuan

Rumah Terbuka Malaysia Madani eratkan hubungan Kelantan dengan Persekutuan

ANWAR Ibrahim (tengah) semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini menjadi platform dalam mengeratkan lagi hubungan erat antara Kerajaan Kelantan dengan Persekutuan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, hubungan akrab itu akan memudahkan lagi kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sekali gus membolehkan perkara melibatkan kepentingan rakyat diberi keutamaan.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kerana turut menjemput saya menyampaikan ucapan pada malam ini. Saya yakin majlis pada malam ini dapat mengeratkan lagi hubungan Kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan.

“Aidilfitri merupakan kesempatan terbaik untuk umat Islam mengeratkan hubungan silaturahim sekaligus memperkukuh kesatuan ummah. Tarbiah bulan Ramadhan yang berlalu telah meninggalkan kesan yang mendalam di lubuk hati kita sebagai orang yang beriman untuk menjadi insan bertaqwa,” katanya semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, Kelantan juga memiliki potensi besar sebagai hub pelaburan baharu di Malaysia dan potensi tersebut dapat direalisasikan dengan memastikan pelaksanaan semua projek-projek yang telah dirancang khususnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Katanya, rakyat negeri ini berharap projek-projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya sekaligus memacu lebih banyak pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan. 

“Saya yakin kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mampu membantu dalam memudahkan segala urusan berkaitan pembangunan di Kelantan untuk kesejahteraan dan kepentingan rakyat sebagai salah satu negeri di Malaysia,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya