Rumah pusaka tujuh beradik termasuk lima OKU terbakar - Utusan Malaysia

Rumah pusaka tujuh beradik termasuk lima OKU terbakar

NURUL AINA FITRAH Abdul Rani (tiga dari kiri) bersama lima adik-beradiknya yang merupakan OKU di hadapan kediaman mereka yang terbakar di Kampung Rumbia, Beserah di Kuantan, Pahang - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Empat beradik termasuk tiga orang kelainan upaya (OKU) kategori lemban berdepan detik cemas apabila rumah pusaka peninggalan ibu bapa mereka terbakar pukul 5.58 petang, semalam.

Dalam kejadian itu, kediaman mereka dianggarkan musnah kira-kira 80 peratus dan kesemua mangsa selamat serta tiada kecederaan.

Mangsa, Nurul Aina Fitrah Abdul Rani, 28, merupakan anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata, ketika kejadian seorang kakaknya, Siti Nurul Ashikin, 35, dan dua adiknya, Mohamad Ikmal Hakimi, 24; dan Mohamad Amir Azwan, 20, masing-masing merupakan OKU berada di rumah sedang beristirehat.

Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas kerana api marak begitu cepat berikutan keadaan cuaca panas.

“Masa kejadian saya bekerja syif petang. Sebelum itu sempat pulang ke rumah sekejap dan pada masa itu baharu sahaja “punch card” untuk masuk kerja semula tiba-tiba kakak hantar pesanan ringkas suruh pulang cepat kerana rumah terbakar.

“Saya juga rasa panik ketika itu, namun cuba bertenang untuk pulang ke rumah. Nasib baik tempat kerja dan rumah hanya lima minit sahaja, namun dalam masa singkat itu pun api sudah besar dan marak.

“Apabila sampai di rumah, kakak dan dua adik OKU telah keluar rumah menyelamatkan diri…saya bersyukur kerana mereka selamat,” katanya ketika ditemui di Kampung Rumbia, Beserah di sini hari ini.

Nurul Aina Fitrah mempunyai dua lagi abang juga OKU lembam, Mohamad Asrul Nizam, 38, dan Mohamad Iskandar, 31, dijaga oleh kakak sulungnya, Nur Azuraida, 40, yang tinggal di Klang, Selangor.

Bapa adik beradik tersebut, Abdul Rani Mat, 63, meninggal dunia 18 Mac lalu kerana masalah kegagalan oksigen manakala ibu mereka, Zawiyah Mahmud, 58, meninggal dunia pada 24 April tahun lalu.

Kini tugas menjadi lima adik beradik OKU itu diambil alih sepenuhnya oleh Nurul Aina Fitrah dan Nur Azuraida.

Mengulas lanjut, Nurul Aina berkata, dia sedih mengenangkan rumah itu musnah terbakar kerana ia peninggalan arwah ibu bapanya yang ketika hayat mereka berusaha menyediakan tempat tinggal cukul selesa buat adik-beradik tersebut.

“Rumah ini cukup bermakna buat kami, ia merupakan antara kenangan kami bersama arwah emak dan ayah… Mana tidaknya kami semua membesar di sini, malah dua daripada kami lahir di rumah ini.

“Menurut kakak, kebakaran bermula daripada bilik utama. Terdapat percikan api dan asap mula menebal hinggakan tak sampai lima minit api sudah memenuhi ruang bilik itu.

“Segala barang-barang peninggalan arwah emak dan ayah kami letakkan dalam bilik berkenaan, memang tak sempat nak ambil untuk diselamatkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya