SHAH ALAM: Kajian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendapati jumlah simpanan yang mencukupi untuk pencarum bersara pada usia 60 tahun sekurang-kurangnya RM600,000. Jumlah tersebut untuk dibelanjakan bagi tempoh 20 tahun atau sehingga pesara berumur 80 tahun bagi menampung kos sara hidup tetapi bukan untuk membayar caj perubatan dan membayar baki hutang. Bagaimanapun, bagi pencarum yang mendiami bandar-bandar lain seperti di Kota Bharu, Kelantan atau Alor Setar, Kedah, jumlah simpanan sekitar RM500,000 mencukupi berbanding pesara yang mendiami bandar-bandar di Lembah Klang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Strategi KWSP, NURHISHAM HUSSEIN…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya