Rizky Febian, Mahalini sudah bertunang - Utusan Malaysia

Rizky Febian, Mahalini sudah bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasangan romantis penyanyi Indonesia, Rizky Febian, 25 dan Mahalini Raharja, 23 secara rasminya mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis sederhana di Jakarta, semalam.

Khabar gembira itu dikongsikan menerusi Instagram syarikat rakaman dan label kepunyaan Rizky sendiri, RFAS Music bersama-sama tiga keping gambar pasangan itu memakai baju batik dengan warna sedondon.

Dalam acara lamaran yang bertempat di The Langham Jakarta, penyanyi yang mesra disapa sebagai Iky itu meminta izin daripada keluarga Mahalini untuk menjadikan gadis itu suri dalam hatinya.

“Hari ini merupakan hari yang istimewa. Saya tidak sendiri, saya hadir bersama-sama keluarga besar saya. Saya memiliki niat menjadi seorang dengan peribadi lebih baik, mempunyai tujuan tulus.

“Mungkin saya tidak sempurna masih banyak kekurangan dalam diri saya. Tapi izinkan saya memperbaikinya bersama-sama Mahalini,” kata Iky dalam majlis berkenaan.

Turut dikongsikan gambar Iky berlutut sambil menyarungkan sebentuk cincin di jari manis Mahalili sebagai tanda lamaran diterima.

“Acara kemudian diteruskan dengan penyerahan barang hantaran daripada pihak keluarga lelaki sebagai simbol bakal pengantin sanggup memberikan calon isteri hidup yang cukup serba-serbi di kemudian hari,” tulis kapsyen Instagram berkenaan.

Terdahulu, hubungan cinta berbeza agama antara Rizky dan Mahalini hebah diperkatakan sejak pasangan itu mula menjalin hubungan setahun lalu.

Iky yang pernah mengadakan konsert perdananya di Malaysia pada Oktober tahun lalu pernah menghadiahkan satu slot nyanyian yang didedikasikan khas buat kekasihnya, Mahalini. Tiket konsert berkenaan habis dijual dalam masa kurang dari satu jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya