Remaja buat aksi 'wheelie' direman empat hari - Utusan Malaysia

Remaja buat aksi ‘wheelie’ direman empat hari

TANGKAP layar pasangan kekasih melakukan aksi 'wheelie' dan tular di laman media sosial pada Ahad lalu di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Gara-gara bertindak berani melakukan aksi ‘wheelie di Jalan Pintansan Chendor-Kuantan pada Ahad lalu, seorang remaja lelaki direman atas kesalahan itu hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, remaja terbabit direman empat hari sehingga 5 Mei ini.

Menurutnya, suspek yang menetap di Kampung Balok di sini, ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Ketika kejadian lelaki terbabit turut ditahan bersama seorang wanita dipercayai kekasihnya, namun suspek kedua itu dibebaskan dengan jaminan polis, semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahad lalu, tular video berdurasi 54 saat memaparkan pasangan kekasih melakukan aksi wheelie di Jalan Chendor-Kuantan menghala ke Kemaman.

Namun, kedua- dua mereka yang berusia 17 tahun itu ditahan pihak polis di hadapan rumah lelaki terbabit di Kampung Balok, semalam.

Sementara itu, Wan Mohd. Zahari berkata, siasatan masih diteruskan dan suspek dijangka dituduh di mahkamah, 5 Mei ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya