Pulangkan kereta Honda saya - Shahrir - Utusan Malaysia

Pulangkan kereta Honda saya – Shahrir

SHAHRIR ABDUL SAMAD (dua kanan) meraikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Johor Bahru di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk segera memulangkan kereta Honda Civic Hybrid miliknya yang dirampas sebelum ini.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sudah melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan RM1 juta diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Januari lalu.

“Hingga kini, SPRM masih belum menyerahkan balik kereta yang mereka rampas daripada keluarga sebelum saya didakwa di mahkamah.

“Semasa perbicaraan, Timbalan Pendakwa Raya dan SPRM panggil begitu ramai saksi termasuk jurujual, kerani syarikat jualan kereta itu, pegawai bank dan pegawai JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Putrajaya, semata-mata membuktikan saya membeli kereta itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum itu, beliau ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Johor Bahru, di sini. Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd. Hairi Mad Shah yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO.

Shahrir yang juga ‘Caretaker’ UMNO Bahagian Johor Bahru berkata, mahkamah bertindak lebih pantas apabila menyerah kembali wang jaminan dan pasport antarabangsanya.

Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan supaya Shahrir dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan gagal mengisytihar RM1 juta diterima daripada Najib menerusi sekeping cek kepada LHDN.

Pihak pendakwaan turut memberitahu mahkamah mereka tidak berhasrat meneruskan pendakwaan kes tersebut terhadap Shahrir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya