PPS dibuka tempatkan mangsa ribut Kampung Melayu Majidee - Utusan Malaysia

PPS dibuka tempatkan mangsa ribut Kampung Melayu Majidee

MOHD. HAIRI MAD SHAH (kanan) melawat sebuah kediaman yang rosak akibat dibadai ribut di Kampung Melayu Majidee.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Raya Kampung Melayu Majidee, di sini bagi menempatkan keluarga yang kediaman mereka terjejas akibat dibadai ribut petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, pihaknya dan kerajaan negeri akan turut menghulurkan bantuan awal melibatkan keperluan asas kepada semua keluarga yang terlibat.

“Lebih 50 kediaman terjejas teruk, bumbung dan peralatan rumah rosak, sedih betul saya tengok.

“Namun alhamdulillah, tindakan pantas telah diambil pihak berkuasa untuk memanggil agensi berkaitan bagi menggerakkan kerja-kerja pembersihan. Pusat khidmat ADUN Larkin bersama Pejabat Ahli Parlimen Johor Bahru akan turut bekerjasama dalam membantu mangsa,” katanya ketika melawat kediaman mangsa terjejas akibat ribut, di sini.

Mohd. Hairi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri turut memberitahu, antara tindakan awal diambil adalah membuka sebuah PPS bagi menempatkan mangsa-mangsa yang memerlukan.

“Ini perlu kerana rumah-rumah yang rosak itu tidak selamat untuk didiami, ada bumbung yang terbuka luas. Jadi, kami ambil keputusan buka sebuah PPS dan galakkan mangsa pindah sementara.

“Kami akan berusaha dapatkan peruntukan dan bantuan di peringkat negeri dan pusat, saya sendiri sudah menghubungi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan dia beri maklum balas positif berhubung perkara ini. Jadi kami akan kumpulkan maklumat dan dapatkan jumlah kerugian dialami semua mangsa, namun tindakan awal untuk membaiki bumbungnya kediaman boleh dilakukan terlebih dahulu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya