Polis Kelantan tidak terima laporan gangguan seksual 'prebet sapu'

Polis Kelantan tidak terima laporan gangguan seksual ‘prebet sapu’

MUHAMAD Zaki Harun (tiga dari kiri) mengambil peluang untuk bergambar di gerai juadah hari raya pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, Kelantan hari ini. UTUSAN/ ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH : Polis Kelantan tidak menerima sebarang laporan seorang wanita yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh pemandu ‘prebet sapu’ sebagai mana tular satu video berkait kejadian itu di media sosial.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bagaimana pihaknya akan meneliti perkara tersebut memandangkan ia sudah tular.

Menurutnya, mangsa yang terlibat diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan jika kejadian berkenaan benar-benar berlaku.

“Kita akan melihat perkara ini kerana video yang tular itu hanya berdasarkan percakapan dan bukannya direkod semasa kejadian. Jadi, kalau boleh tampil ke depan, maklumkan siapa orangnya (pelaku) dan di mana.

“Samada ia benar atau tidak, kita tidak tahu. Sekiranya ada kebenaran, tindakan segera akan diambil ,”katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di sini hari ini.

Terdahulu, tular di Facebook video berdurasi dua minit yang memaparkan seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh pemandu prebet sapu ketika menggunakan perkhidmatan itu pada Ramadan lalu.

Wanita berusia lewat 50-an itu berkata, lelaki berusia awal 50-an terbabit memintanya melakukan perbuatan tidak senonoh ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki turut menasihatkan kepada mereka yang menjadi mangsa gangguan seksual supaya segera tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

“Bila kita buat macam tu (tular), ia akan menimbulkan pelbagai kesan serta persepsi negatif masyarakat kepada sesuatu pihak.

“Jadi, kalau berlaku apa-apa kejadian jenayah, laporkan segera kepada pihak polis. Lakukan kalau ada ruang untuk salurkan maklumat kepada pihak polis,”katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya