Polis Kelantan guna kekuatan PRU-15 untuk PRN

Polis Kelantan guna kekuatan PRU-15 untuk PRN

230523-Klt-Polis PRN-Done Online MUHAMAD Zaki Harun (dua dari kiri) semasa hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri IPD Gua Musang, Kelantan di Dewan Tanjung, IPD Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Polis Kelantan akan menggunakan kekuatan anggota yang pernah diguna pakai semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, selain anggota pihaknya akan turut mengekalkan corak penugasan semasa PRU-15 lalu sepanjang tempoh PRN berlangsung nanti melibatkan soal keselamatan dan bantuan kebajikan seperti di tempat mengundi.

“Ketua Jabatan Ketenteraman Awam akan sentiasa bersama dengan pihak SPR dan kita mendapat info terbaru atau perubahan seperti  jumlah pengundi dan tempat mengundi.

“Satu mesyuarat diadakan dengan pihak Bukit Aman tentang berapa bantuan dan sebagainya dan kita kenal pasti sekiranya ada bantuan anggota yang akan ditempatkan, bagaimana kebajikan mereka makan dan sebagainya. Kita dah selaraskan cuma kita menunggu tarikh PRN sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, malam tadi.

Muhamad Zaki memberitahu, persediaan lebih teliti perlu dilakukan memandangkan PRN kali ini berkemungkinan besar akan membabitkan pertambahan parti yang bakal bartanding. 

“Kita juga bersedia dari sudut pertembungan ini mungkin melibatkan banyak parti, kalau dulu kita hanya ada dua parti (Kelantan) tetapi sekarang dah jadi satu perkembangan baru. Jadi kita kena bersedia dengan lebih hebatlah dari segi bagaimana nak mengawal semasa kempen dan hari pengundian.

“Insya-Allah dengan persiapan yang kita buat dengan input yang kita ada, kita sudah kenal pasti dan saya percaya untuk PRN ini polis Kelantan akan dapat mengendalikan atau menentukan keselamatan dengan baik,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya