Perhilitan Negeri Sembilan nafi harimau belang masuk perangkap di Rembau - Utusan Malaysia

Perhilitan Negeri Sembilan nafi harimau belang masuk perangkap di Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menafikan video tular kejadian harimau belang masuk ke dalam perangkap yang didakwa berlaku di Kampung Penajis, di sini.

Pengarahnya, Nurul Ermi Ramli berkata, sebaliknya video berkenaan membabitkan kejadian yang berlaku di sebuah negeri lain yang turut terdapat aduan berkenaan harimau belang.

Jelasnya lagi, setakat ini tiada maklumat mengenai harimau belang di kawasan hutan di negeri ini dan kebiasaannya ia hanya membabitkan harimau kumbang.

“Bermula bulan Januari sehingga April lalu, sebanyak tiga ekor harimau kumbang telah berjaya masuk ke dalam perangkap iaitu di daerah Jempol, Tampin dan Kuala Pilah.

“Buat masa ini, tiada harimau belang yang ditangkap di negeri ini dan kehadiran haiwan itu di negeri ini juga buat masa ini tiada,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sejak tengah hari tadi, tular video di media sosial yang memaparkan seekor harimau belang yang memasuki perangkap dan didakwa berlaku di Kampung Penajis, di sini.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya