Penyeludup ulang alik isi diesel dicekup

Penyeludup ulang alik isi diesel dicekup

ANGGOTA penguat kuasa KPDN Kelantan memeriksa tong yang mengandungi minyak diesel selepas menahan sebuah kereta di tepi jalan Kampung Teratak Pulai, Bachok, Kelantan-UTUSAN/IHSAN KPDNHEP KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Taktik licik seorang lelaki membuat isian minyak diesel secara berulang untuk tujuan menyeludup terbongkar selepas dicekup anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dalam serbuan di tepi jalan Kampung Teratak Pulai di sini kelmarin.

Dalam serbuan pukul 6 pagi itu, penguat kuasa KDPN berjaya merampas 800 liter diesel yang disembunyikan di dalam tong sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 30 tahun itu disyaki telah membuat pembelian bahan api itu secara berulang kali bagi tujuan penyelewengan.

Menurutnya, nilai rampasan diesel itu dianggarkan berjumlah RM1,720.

“Kejayaan itu hasil kerjasama pihak kami dengan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor dan unit kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.

“KPDN Kelantan sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman memberitahu, pihaknya berharap orang ramai dapat terus menyalurkan maklumat atau aduan berkait dengan penyelewengan barang kawalan.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya