Pengguna kesal tandas tidak boleh digunakan

Pengguna kesal tandas tidak boleh digunakan

SEORANG pengguna kecewa kerana tidak dapat menggunakan tandas yang ditutup kerana tiada air ketika tinjauan di Bagan Datuk, Perak, baru-baru ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Orang ramai yang berurusan di pejabat sebuah jabatan kerajaan di sini kesal kerana tandas yang disediakan di dalam kawasan berkenaan tidak dapat digunakan kerana masalah tiada air disebabkan tangki air rosak.

Mereka mendakwa keadaan itu sudah berlarutan sejak dua bulan lalu dan meminta supaya masalah itu diatasi untuk keselesaan orang ramai yang berurusan di jabatan itu.

Orang awam dari Manjung yang berurusan di jabatan itu, Zaiton Mohd. Ali, 43, berkata, kerana tidak boleh digunakan, mereka yang mahu ke tandas terpaksa menggunakan tandas di masjid berdekatan.

Menurutnya, keadaan itu sudah tentu menyusahkan orang ramai terutama wanita.

“Saya terkejut kerana tandas ini tidak boleh digunakan mungkin disebabkan tiada air, jadi saya terpaksa menggunakan tandas di masjid berdekatan dan ini sudah tentu menyusahkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, lebih menyukarkan ialah kepada orang kurang upaya (OKU) yang sudah tentunya sukar untuk bergerak ke tandas di masjid.

Katanya, OKU yang menggunakan kerusi roda sudah tentu lebih sukar untuk bergerak ke tandas di masjid namun mereka tiada pilihan.

“Saya diberitahu tandas itu sudah dua bulan ditutup kerana masalah air, tangki airnya rosak dan ini menyebabkan mereka yang berurusan di pejabat ini terpaksa ke tandas masjid berkenaan untuk membuang air.

“Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dan ini perlu segera diatasi.

“Saya harap segeralah baik pulih tandas ini kerana di pekan Bagan Datuk sudah jadi tumpuan ramai bukan sahaja untuk urusan rasmi dengan jabatan kerajaan tetapi kerana pembangunan di sini berikutan pembinaan jambatan baharu, Bagan Datuk Waterfront dan masjid terapung,” katanya.

Menurutnya, kemudahan tandas penting menjadi budaya dalam masyarakat dan tidak boleh dipandang ringan.

“Kemudahan tandas berkait rapat dengan imej negara khususnya di destinasi utama pelancongan.

“Ini kerana pelancong singgah ke tandas sama ada kedai makan, tandas awam, masjid perlu ada kemudahan tandas yang perlu dipastikan boleh digunakan, dalam keadaan bersih dan teratur,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya