Pengawal keselamatan maut tertimbus dalam runtuhan tebing

Pengawal keselamatan maut tertimbus dalam runtuhan tebing

ANJING pengesan melakukan pencarian mangsa dipercayai pengawal keselamatan tertimbus dalam runtuhan tebing berhampiran Wisma YPR, Taman Seputeh tengah malam tadi. Mangsa ditemukan pada 6.23 pagi hari ini.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan maut dalam runtuhan tebing berhampiran Wisma YPR, Taman Seputeh dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.50 pagi apabila tebing setinggi 20 meter itu runtuh sebelum menghempap sebuah pondok pengawal di lokasi kejadian.

Akibat itu, mangsa yang merupakan pengawal keselamatan tertimbus sedalam tiga meter dalam runtuhan terbabit.

Menurut Komander Operasi Mohd. Rizuan Razali, sebanyak 37 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, BBP Seputeh, Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Unit Pengesan Anjing (K9) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi dan didapati berlaku runtuhan tanah sehingga menghempap sebuah pondok pengawal yang berada berhampiran.

“Runtuhan tersebut melibatkan seorang mangsa lelaki dewasa yang merupakan pengawal keselamatan tertimbus di bawah runtuhan tanah tersebut.

“Pencarian mencari mangsa yang tertimbus telah dilakukan dan mangsa ditemukan pada 6.23 pagi namun disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian di serahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Menurut Mohd. Rizuan, runtuhan hanya melibatkan tebing bahagian tepi wisma tersebut dan pihaknya telah memasang sawar-sawar di kawasan tersebut sehingga pembaikan berlaku.

“Buat masa ini bangunan tesebut tiada masalah,” ujannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya