Penduduk beralih guna air telaga

Penduduk beralih guna air telaga

ABDULLAH Mat Yusof menunjukkan air telaga yang digunakan kering ketika tinjauan di Kampung Teluk Jering, Tumpat, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Musim kemarau dan masalah bekalan air bersih sering terputus menyebabkan semakin ramai penduduk di Kampung Teluk Jering di sini menggunakan air telaga sepenuhnya untuk urusan harian.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, Abdullah Mat Yusof, 60, mendakwa masalah bekalan air bersih yang membelenggu sejak 10 tahun menyebabkan dia terpaksa kembali menggunakan semula telaga untuk mendapatkan air.

“Saya guna air telaga sebelum ini tetapi apabila air bersih mula dibekalkan ke kampung-kampung sekitar tahun 80-an, ramai penduduk memilih air bersih sepenuhnya dan kambus telaga.

“Tetapi, sejak tahun 2013, air bersih sering terputus sehingga terpaksa menggali telaga semula untuk mendapatkan air,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Abdullah berkata, disebabkan kemarau, dia mulai buntu apabila air telaga kering sehingga terpaksa mencatu bekalan setiap hari sejak sebulan lalu.

Katanya, walaupun mempunyai enam telaga tetapi air masih tidak mencukupi disebabkan cuaca kemarau.

“Nak harapkan air bersih memang langsung tiada, sudah 10 tahun air bersih tiada.

“Kami di sini hanya mengharapkan air telaga dan apabila kering ia menyebabkan urusan harian tergendala,” katanya.

Bagi Mohd Arif Yahya, 30, dia terpaksa membeli air mineral untuk minum kerana air telaga kurang bersih.

“Kebetulan air telaga kering dan ada telaga yang berbau dan berkelodak , jadi untuk minum terpaksa beli air,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya