Pendingin hawa, kipas laris ketika cuaca panas

Pendingin hawa, kipas laris ketika cuaca panas

MR. Yap menunjukkan pelbagai jenis kipas angin yang mendapat permintaan tinggi ekoran cuaca panas di kedainya di Tanah Merah di sini hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Bahang panas yang sedang melanda membuatkan pendingin hawa dan kipas angin menjadi pilihan orang ramai untuk ‘meredakan’ kehangatan cuaca ketika ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata kedai menjual perkakasan elektrik diserbu oleh orang ramai sekali gus membuatkan peniaga tidak menang tangan sejak Mac lalu.

Seorang peniaga Mr. Yap berkata, peningkatan terhadap penghawa dingin dan kipas angin di kedainya meningkat lebih 40 peratus sejak Mac lalu.

Menurutnya, ia merupakan sesuatu yang mengejutkan sejak 20 tahun menjual barangan elektrik.

“Kebanyakan pelanggan datang untuk membeli pendingin hawa serta kipas angin kerana tidak tahan dengan situasi cuaca panas ketika ini.

“Malah semua jenis kipas angin serta penghawa dingin laris dijual kerana mereka (pelanggan) tidak kisah dengan harga mahupun jenama asalkan mereka dapat membelinya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yap memberitahu, pada masa samaa pam air turut mendapat permintaan tinggi ketika ini sehingga dia kehabisan stok.

“Kita sudah menjual 300 biji pam air sejak bulan lalu dan sekarang ini, kita telah kehabisan stok sejak dua minggu lalu kerana ramai pelanggan yang datang membelinya.

“Kebanyakkan mereka ini terdiri daripada pekebun yang membeli pam air bagi mendapatkan bekalan air untuk tanaman mereka di kebun,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Nazri Mohd. Nor, 45 , berkata, dia datang untuk membeli pam air untuk dipasang di rumahnya disebabkan ketiadaan bekalan air.

Katanya, masalah ketiadaan air menyebabkan dia terpaksa menggunakan air boring untuk mendapatkan bekalan air.

Terdahulu, media melaporkam dua lokaliti di Kelantan iaitu Tanah Merah dan Kuala Krai kekal merekodkan status cuaca panas Tahap Satu atau berjaga-jaga, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan di laman sesawang rasminya.

Status Cuaca Panas Tahap Satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya