Pembenihan hujan, kementerian sedia bantu Kerajaan Negeri

Pembenihan hujan, kementerian sedia bantu Kerajaan Negeri

NIK Nazmi Nik Ahmad (tengah) melakukan simbolik menanam pokok meranti sarang punai pada Program Townhall Madani bersama Mahasiswa di UiTM Machang, Kelantan hari ini. UTUSAN / ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sedia membantu Kerajaan Negeri dalam melaksanakan kerja-kerja pembenihan awan susulan cuaca panas yang sedang melanda ketika ini.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Kerajaan Negeri boleh membuat permohonan berhubung perkara tersebut.

“Kita ada mekanisme yang telah ditetapkan. Kalau ada keperluan Kerajaan Negeri boleh mohon dan kita (kementerian) akan bantu sebagaimana di Pulau Pinang.

“Bagaimanapun semua itu boleh dilaksanakan jika ada keperluan,” katanya kepada pemberita selepas TownHall Madani@UiTM Machang di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) tidak merancang untuk melaksanakan pembenihan awan dalam masa terdekat susulan cuaca panas ketika ini.

Jurucakap kepada METMalaysia berkata, ia berikutan keadaan cuaca hujan dan ribut petir yang mulai berlaku di kebanyakan kawasan dalam negara.

Katanya, pelaksanaan operasi pembenihan awan adalah untuk meningkatkan paras di empangan dan ketika berlaku jerebu tebal tertakluk kepada keperluan semasa.

Sebelum itu,  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) MetMalaysia menjalankan Operasi Pembenihan Awan di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang serta Empangan Teluk Air Itam di Pulau Pinang yang turut melibatkan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya