KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Klinik Dr. Haji Othman yang baharu di jalan stadium utama, Kampung Pondok di sini, semalam.
Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh pemilik klinik, Dr. Othman Romli dan isteri, Fadzilah Abu Bakar.
Turut hadir, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.
Perasmian dengan kehadiran 500 tetamu tersebut turut diserikan dengan majlis sambutan Aidilfitri yang menyajikan pelbagai juadah menarik dan istimewa.
Kemuncak majlis itu, baginda berdua berkenan menyempurnakan simbolik pelancaran plak khas di hadapan pintu masuk utama klinik yang tersergam indah tersebut.
Sebagai rekod, perasmian cawangan baharu Klinik Dr. Haji Othman itu adalah yang ke-4 dengan dilengkapi dengan fasiliti yang lebih baik, luas dan kondusif.-UTUSAN