Pemandu lori balak maut tersepit, rentung - Utusan Malaysia

Pemandu lori balak maut tersepit, rentung

SEORANG pemandu maut apabila lori balak yang dipandunya terbakar selepas melanggar lori balak di hadapannya salah di lampu isyarat Kampung Temehel dekat Pekan Yong Peng, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang pemandu rentung akibat tersepit apabila lori balak dipandunya terbakar selepas merempuh sebuah lori lain di lampu isyarat Kampung Temehel dekat Pekan Yong Peng, di sini awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian yang berlaku pukul 3.14 pagi itu melibatkan tiga buah lori balak yang penuh dengan muatan dalam perjalanan dari Labis ke Yong Peng. 

Menurutnya, ketika sampai di lampu isyarat Kampung Temehel, lori pertama dan lori kedua yang dipandu Mohd. Shahril Musa, 27, dan Mohammad Fathul Syarastani Suhimi,30, berhenti kerana menunggu lampu isyarat hijau. 

“Walau bagaimanapun, lori ketiga yang dipandu oleh Mohd. Khairol Nizam Rokazi, 39, gagal berhenti lalu melanggar lori balak yang berada di hadapannya. 

 “Akibat kejadian itu, lori berkenaan telah terbakar di bahagian hadapannya menyebabkan Mohd. Khairol rentung kerana tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Kes tersebut disiasat di bawah  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan  orang ramai yang melihat kejadian tersebut boleh menghuni pegawai penyiasat bagi membantu siasatan. 

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd. Yusuff, pihaknya menerima panggilan tentang kemalangan berkenaan pada pukul 3.14 pagi. 

Seramai lapan anggota dari BBP Yong Peng, enam anggota BBP Ayer Hitam dan dua BBP Penggaram  bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan jentera (EMRS), lori tangki dan Fire Response Vehicle (FRV ) dihantar ke lokasi. 

“Pihak bomba mengeluarkan mayat yang rentung dengan menggunakan peralatan khas. Semua mangsa yang terlibat diserahkan kepada pihak polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya