Pekerja penyelenggara didenda RM6,000 miliki gambar lucah

Pekerja penyelenggara didenda RM6,000 miliki gambar lucah

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang dekat sini mengenakan denda RM6,000 terhadap seorang pekerja penyelenggaraan atas kesalahan memiliki 169 gambar dan video lucah dalam telefon bimbitnya.

Majistret Amalina Basirah Md. Top menjatuhkan hukuman itu terhadap Mazlan Firdani Marzuki, 30, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.

Sekiranya denda itu gagal dibayar, tertuduh boleh dipenjara selama tiga bulan. Denda itu dijelaskannya.

Mengikut pertuduhan, Mazlan Firdani didakwa memiliki 92 gambar lucah dan 77 kandungan video lucah dalam telefon bimbit jenama Samsung Model Galaxy.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Indah, Ampang Jaya di sini pukul 10.45 pagi pada 20 April 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Ernie Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan hukuman paling rendah dengan alasan tertuduh merupakan bapa tiga anak dan merupakan penanggung utama keluarga.

“Anak-anak tertuduh berusia di antara setahun dan 14 tahun. Sepanjang siasatan, tertuduh memberikan kerjasama baik. Tertuduh memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sama,” kata peguam itu.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Nur Nazhilah Mohammad Hashim dari Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM), memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepadanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya