Pegawai RTM Angkasapuri, pemandu lori maut nahas tiga

Pegawai RTM Angkasapuri, pemandu lori maut nahas tiga kenderaan di Jalan Benta-Lipis

ANGGOTA bomba memeriksa Toyota Wish yang dipandu oleh pegawai Unit Hal Ehwal Berita RTM terbalik selepas bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 18, Jalan Lipis - Benta di Lipis, Pahang.-FOTO/IHSAN IPD LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang pegawai di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri antara yang maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di kilometer 18, Jalan Lipis – Benta berdekatan Taman Jelai di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.40 petang itu, turut maut seorang pemandu lori berusia 58 tahun, manakala dua orang wanita berusia 27 dan 19 tahun mengalami kecederaan.

Ketika kejadian, mangsa yang bertugas sebagai Ketua Unit Hal Ehwal Berita RTM, Mohd. Zubairi Abdullah, 47, memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish manakala, Chang Kai Meng dari Bentong pula memandu lori.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati, pemandu Toyota Wish bersama empat orang anaknya dan seorang anak saudaranya dari arah Kuala Lipis menghala ke arah Benta dalam perjalanan hendak pulang ke Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di tempat kejadian, MPV dipandu Mohd. Zubairi dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori dipandu Kai Meng.

“Pada masa yang sama, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Benta ke Kuala Lipis merempuh lori berkenaan dari arah belakang. Bagaimanapun, pemandu kereta pacuan empat roda yang berusia 26 tahun dari Raub tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, akibat pertembungan dua buah kenderaan tersebut, kedua-dua pemandunya disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di tempat kejadian.

“Seorang penumpang Toyota Wish yang juga anak saudara mangsa yang maut berusia 27 tahun yang bekerja sebagai guru tadika cedera parah dan dikejarkan ke Hopital Lipis manakala kelindan lori yang juga seorang wanita berusia 19 tahun turut mendapatkan rawatan yang sama.

“Hasil siasatan awal, mendapati kemalangan berlaku atas kecuaian pemandu Toyota Wish, iaitu hilang kawalan lalu masuk aliran trafik bertentangan sebelum merempuh sebuah lori yang datang dari arah hadapan,” katanya.

Katanya, bedah siasat terhadap mayat kedua-dua mangsa akan dijalankan selepas keputusan ujian Covid-19 diperolehi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya