Pahang tuntut pelan asal CSR melalui Simpang Pelangai diteruskan - Utusan Malaysia

Pahang tuntut pelan asal CSR melalui Simpang Pelangai diteruskan

JOHARI Harun (tengah) melayani tetamu sempena majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri Pelangai di Felda Kemasul di Bentong, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Kerajaan negeri menuntut pelan asal pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Kuala Krai, Kelantan melalui Simpang Pelangai di daerah ini dimasukkan semula dalam bajet akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun berkata, rancangan asal CSR yang menuju ke Simpang Pelangai di sini bagi memudahkan perjalanan ke selatan tanah air melalui Kuala Pilah, Negeri Sembilan tanpa memasuki Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai kecewa peruntukan bagi pelaksanaan fasa enam sejauh 47 kilometer ke Simpang Pelangai tidak termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan projek itu hanya terhenti di Sertik di daerah ini.

“Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan mengesahkan fasa keenam CSR ke Simpang Pelangai tidak termasuk dalam pakej projek yang rancak dilaksanakan sekarang.

“Ini bukan soal politik kerana kita mahu mewujudkan jaringan perhubungan jalan raya yang baik untuk kemudahan semua rakyat sekali gus pemangkin pertumbuhan ekonomi khususnya di Simpang Pelangai dan jajarannya,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dewan Felda Kemasul di sini semalam.

Untuk rekod, CSR yang menghubungkan Kuala Krai, Kelantan dengan Kuala Pilah di Negeri Sembilan tanpa tol sejauh 325 kilometer membabitkan enam fasa pembinaan dengan kos lebih RM7.3 bilion. Fasa pertama hingga lima dijangka siap awal 2026.

Johari berkata, kerajaan Pusat perlu mengambil kira dengan serius Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030 yang memasukkan fasa projek CSR melalui Simpang Pelangai.

Beliau berkata, pembinaan lebuh raya itu bukan sahaja meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan sosial Simpang Pelangai serta jajarannya tetapi juga keselesaan kepada pengguna jalan raya di sini.

“Ia juga dapat mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di bandar Bentong apabila pengguna boleh menyusur di simpang Sungai Dua Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) pada musim perayaan dan cuti sekolah ekoran pertambahan kenderaan menuju ke Pantai Timur khususnya Kelantan,” katanya.

Menurutnya, pembinaan lebuhraya ini juga memudahkan individu dari Kelantan dan Terengganu kerana CSR Simpang Pelangai memendekkan perjalanan ke destinasi selatan seperti ke Putrajaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya