OPR naik, apa sudah jadi formula Rafizi? - Wan Ahmad Fayhsal

OPR naik, apa sudah jadi formula Rafizi, tanya Wan Ahmad Fayhsal

BANK Negara Malaysia-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengecam tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) yang meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 25 mata perpuluhan semalam. 

Dalam satu hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Machang itu mempersoalkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini yang menyifatkan OPR boleh dikekalkan pada paras mata 2.75 peratus jika kadar inflasi terus mereda. 

“Apa sudah jadi dengan formula Rafizi Ramli? Inii berita palsu ke Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital)?,” soalnya, semalam. 

Semalam, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM mengumumkanOPR meningkat 25 mata perpuluhan kepada tiga peratus. 

Dalam satu kenyataan, bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan itu akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Januari lalu, media melaporkan, Rafizi menyifatkan, sekiranya kadar inflasi boleh reda pada bulan itu dan Februari, maka OPR boleh dikekalkan. 

Sebagai rekod, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 20 April mengumumkan, inflasi di Malaysia susut pada 3.4 peratus pada Mac 2023, dengan indeks harga pengguna direkodkan pada 129.9 berbanding 125.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya