LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mempertonton empat buah kapal dan dua helikopter agensi tersebut pada pemeriksaan armada sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA23) bermula semalam. Maritim Malaysia memaklumkan, pameran segmen maritim di Resort World Langkawi (RWL) turut melibatkan demonstrasi menyelamat atas kapal oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia (STAR TEAM). “Operasi memperlihatkan bagaimana agensi tersebut melaksanakan tugas dalam situasi sebenar khususnya melibatkan serangan bersenjata di laut seperti rompakan atau aktiviti jenayah. “Maritim Malaysia turut terlibat dalam pameran statik dengan membawa aset seperti bot…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya