Letupan selamatkan keluarga daripada rentung

Letupan kecil selamatkan keluarga daripada rentung

FARIDAH Ali menunjukkan kawasan pondok yang terbakar dalam kejadian di Kampung Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Bunyi letupan kecil dari sebuah pondok berjaya menyelamatkan sebuah keluarga daripada rentung dalam kebakaran di Kampung Wakaf Bharu di sini awal pagi tadi.

Kejadian pukul 2 pagi itu berlaku semasa Faridah Ali, 60, sedang tidur di ruang kuliah agama di Madrasah Ahmad Muhammadiah Wakaf Bharu yang terletak bersebelahan dengan lokasi kebakaran sambil menunggu anaknya pulang.

Faridah berkata, semasa sedang menunggu  Ahmad Taufik dia dikejutkan dengan bunyi letupan kecil dan kemudian terhidu bau asap.

“Terkejut dengan kejadian itu, saya terus mengintai dari jendela dan melihat pondok itu sudah terbakar. 

“Tanpa berlengah saya terus naik ke rumah yang bersambung dengan madrasah untuk mengejutkan suami dan anak bongsu,” katanya ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Faridah memberiathu, api dari pondok tersebut kemudian telah merebak menyebabkan madrasah itu turut terbakar serta merosakkan bumbung rumah dua tingkat milik jiran.

Katanya, kebakaran itu menyebabkan banyak peralatan yang terdapat di dalam madrasah tersebut turut munsah.

“Untuk sementara waktu kuliah agama terpaksa ditangguhkan,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Tumpat, Suhaimi Othman berkata, seramai 18 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Tumpat dan Kota Darul Naim telah bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.24 pagi.

Katanya, api berjaya dikawal kira-kira 16 minit kemudian dan punca masih dalam siasatan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya